Jom sembang dengan anak untuk jadikan didikan dirumah menyokong didikan sekolah
Jom
sembang dengan anak untuk jadikan didikan dirumah menyokong didikan sekolah
Pendidikan dirumah tidak perlu seperti
di tadika atau sekolah formal. Ia berbeza, malahan sangat luas horizonnya,
tanpa belanja yang mahal. Yang penting peranan kita sebagai ibu bapa untuk
menjadikan didikan rumah ‘complement’ (serasi) dengan pendidikan ditadika anak.
Ni idea saya, cubalah berekpserimen dengan anak-anak anda.
Jika ditadika, persekitarannya vibrant
dan educational friendly, dirumah bagaimana pula? Perlukan ditampal kertas-kertas
pelbagai warna dan huruf? Perlukankah bultin board, atau carta-carta? Jawapan
saya; terpulang. Kerana pendidikan efektif tidak tertumpu kepada fizikal dan
empiric (nombor/ perkembangan yang boleh diuukur). Namun, jika anda mahukannya,
ia adalah bonus. Yang penting didiklah anak dirumah, menginsankan mereka- dan
ia bermula dengan kesedaran bahawa setiap gerak geri kita menjadi satu model
cermin peribadi anak. Mulakan ubah diri jika cermin itu yang mahu kita lihat
pada anak.
Bukalah minda, saranan saya cuba teknik
yang lebih santai. Bersembang dengan anak. Cuba jadikan pendidikan formal anak
anda ‘bermakna’ (disebut meaningful learning dalam teori pendidikan, cubalah
google tentangnya) dengan sokongan peneguhan yang tidak menuntut komitmen
tinggi dari anda.
1.
Galakkan
anak anda bercerita apa yang dilakukan oleh dia disekolah. Tujuannya untuk
mengetahui apa yang dipelajari, untuk diberikan pengukuhan. Caranya bukan ‘apa
cikgu ajar’ tapi ‘anak buat apa kat sekolah’. Orientasikan soalan kepada
dirinya- agar anak menjawab ‘kinah belajar logo halal harini mama’. Dengan itu,
anda akan mendapat klu. Jadi ambillah ruang untuk tunjukkan logo tersebut
apabila membeli belah. Atau ‘wawa belajar baca doa masuk tandas’. Teguhkanlah
amalan doa itu dirumah. Anak tidak sedar dia sedang dikuatkan oleh ibu bapanya,
tidak langsung- ia menyokong kata dan perbuatan guru. Baru lebih mudah dan
tidak menimbulkan konflik kefahaman. Teori disekolah dan praktisnya dirumah-
bersama anda.
2.
Adakalanya
anak anda mengadu. ‘abah, cikgu marah yuyu tadi’, mungkin anda tidak berpuas
hati dengan tindakan cikgu dan terus memaki. Itu, adalah teladan pada anak
(cubalah google;teknik khalifah). Bila kita nak meneguhkan satu sifat yang
baik, kita sebagai dewasa mesti pamerkan sifat tersebut dan sebaliknya.
Disekolah, guru-guru sentiasa menggunakan elemen ibubapa untuk mendidik sifat
hormat, dan ibu bapa juga akan menyokong pembelajaran disekolah jika anak
diasuh untuk hormati guru juga. Barulah best!! Jangan jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus..
Mungkin anda tidak berpuas hati
pada cikgu- cuba berbincang dengan cikgu tanpa didengari anak. Disekolah
kebangsaan khususnya, 1 kelas 40 pelajar yang sangat aktif; cikgu tak marah?
Mana mungkin, kan mereka manusia juga. Cuma ajarkan anak untuk respon dengan
situasi itu. ‘yuyu, bila kena marah,
diam jangan melawan. Yuyu mesti hormat cikgu, baru ilmu berkat. Minta maaf
dengan cikgu ye sayang’. Dan mulakan ajaran itu sejak prasekolah sebab
persediaan kesekolah bukan hanya LINUS, tapi adab. Pendidikan formal TIDAK AKAN
BERLAKU jika pelajar belum bersedia. Dan persediaan itu mesti dari kognitif
(perihal otak, pre-reading, pre-writing, pre-math… dan semua pre-), afektif
(perihal emosi, kawalan perasaan) dan psikomotor (kawalan pergerakan diri- cth
: pergerakan tangan untuk menulis)
3.
Dalam
dunia yang mengejar masa, ramai pasangan berbual hal orang dewasa depan anak
terutama dalam kereta. Dulu, kita diasuh untuk ‘jangan menyampuk orang tua
bercakap, atau masuk bilik jangan dengar orang tua bersembang’ memang ada
hikmahnya. Dalam kereta, tak mungkin kita boleh halang anak mendengar perbualan
kita, jadi tapis ye ibubapa, dirahmati Allah. Bukalah perbincangan yang berunsur positif dan bukan
mengumpat pasal orang lain. Ia akan menimbulkan persepsi tak elok anak pada
orang dewasa disekeliling dan seterusnya menyebabkan hormat pada orang dewasa
luntur dan hilang. Malang sekali jika iaberlaku. Ia dapat diperhatikan apabila
pelajar yang diasuh oleh guru yang sama bervariasi tingkah. Sebab, ia bermula
dirumah. Jadi jadikan masa drive anda
lebih positif (contoh sesi tasmik ringkas).
4.
Anak
tidak mahu bercakap? Takpa (kalau terlalu serius, bawalah berjumpa pakar atau
terapi pertuturan). Ransang anak-anak ni bercakap. Puji mereka ‘eh, cantiknya
zura ikat rambut…’ pasti senyuman akan meleret. Bila mode positif, tanyakan
soalan yang maujud dan ringkas. ‘zura sayang, cantiknya awan yang allah cipta…
zura Nampak tak bentuk awan tu?’ macam apa ye? Biarkan mereka memilih. ‘zura
pilih baju mana zura nak pakai’… jangan gopoh… ada anak yang memang pertuturan
lambat sikit. Jangan lupa, banyakkan vocab- gunakan pelbagai kata untuk
bertutur dan gunakan bahasa yang betul. Tak perlu ‘mamam’, ‘yayak’ dsbg.
Biasakan guna perkataan yang betul. Pertuturan yang baik, membentuk kemampuan
sosial anak malahan sebenarnya lebih dari itu. Ia merupakan saranan Rasulullah
untuk mengajar puisi dan bahasa tambahan kepada anak. Hikmahnya ialah kemampuan
kefahaman sesuatu hal dari bahasa (budaya) yang berbeza.
Renung-renungkan…
dan selamat beramal.
Comments
Post a Comment