Idealisme kerjaya anak-anak kelak @ cita-cita
Seringkali
kita meletakkan impian dengan meletakkan nama pada kerjaya. Dan entah mengapa,
kerjaya yang disuapkan untuk anak cita-citakan adalah satu kelompongan dalam
kerjaya diri. Agak biasa untuk kita temui; ibubapa yang berkerja tetap mahukan
anak menjadi peniaga dan sebaliknya. Ibu bapa dari latar pendidikan sekular
mahukan anak menjadi professional Muslim (macam doctor yang arif ilmu fiqh atau
jurutera yang hufaz). Malahan, ada yang tiada sasaran kerjaya namun diletakkan
satu tahap pendidikan tertinggi, contoh anak saya lepasan university luar
negara atau lepasan Al-Azhar. Lalu dijuruskan pendidikan anak kearah itu.
Atau,
ada yang lebih umum- anak-anak saya akan menjadi anak yang soleh dan berilmu.
Atau,
lebih umum lagi- saya tidak meletakkan apa-apa kayu ukur. Cukuplah anak
membesar dengan caranya sendiri dan kami akan menjadi ibubapa yang menyokong
bakat dan impian anak.
Alhamdulillah.
Gembira, mudah-mudahan anak-anak kita menjadi penyejuk mata dan hati (Qurrata
a’yun). Sehinggalah saya bertemu seorang ibu muda yang luar biasa.
Latar
belakang pendidikan beliau adalah secular, lepasan ijazah Bsc. University awam.
Namun, beliau gigih sekali untuk mencapai cita-cita untuk anaknya- menjadikan
anaknya hafiz. Dan, apabila anaknya berusia 7 tahun, 6+ juzu sudah dihafal si
anak. Agak menarik bila, ayat Al-Quran dijadikan satu bentuk ‘perbualan’ secara
harian dengan anak. Malahan, kesemua juzu’ yang dihafal turut berserta dengan
hafalan maksudnya. Sebagai suri rumah yang bersuamikan doctor perubatan, tutur
katanya amat lembut dan merendah diri. Beliau yang tiada latar belakang
pendidikan formal agama peringkat tinggi dan keguruan pendidikan, tentunya
mengambil leap yang besar untuk membuat anjakan besar dalam mendidik
benih-benih beliau.
‘Apakah
cita-cita puan pada anak?’ Tanyaku sepatah.
Dalam
mindaku: tentunya jawapan kebanyakan ibubapa ada kini- professional muslim yang
mahir dua bidang.
Diam,
tanpa bicara.
‘atau,
mungkin puan meletakkan idol tertentu? Sebijak ibnu sina, al-razi atauibn
haytam mungkin?’ gesaku, mahukan jawapan.
‘Kalau
boleh, saya mahu anakanda saya mati syahid.’ Jawab ibu muda itu.
Sambungnya
lagi- kerana itulah anak-anak diasuh untuk menghafal al-kahfi dan mendalami
maknanya, untuk menjauhi fitnah dajjal. Begitu juga surah-surah juzzu amma dan
beberapa surah penting seperti Ar-Rahman. Mudahnya, beliau mahukan anak
benar-benar menjadi Muslim yang mampu menongkah pelbagai kemelut melanda akhir
zaman. Perbincangan melewat nas-nas kepentingan kebergantungan penuh pada kitab
tauhid untuk perkasakan iman.
‘Lalu,
LINUS bagaimana?’ tanyaku.
‘Takpe,
sekolah dia akan cover ilmu dunia. Saya fokus menyiapkan akhirat.’
‘Hmm,
sistem persekolahan apa yang puan rasa terbaik?’
‘Saya
masukkan dia ke sekolah XYZ, yang alirannya agama. Tapi sebenarnya ada sistem yang
lagi bagus, tapi lokasi perlu diambilkira juga kan. Saya, tidak ambil pusing
sangat. Tapi untuk saya, tiada sistem yang terbaik, tapi saya lah sistem itu.
Baik sistem saya, baiklah pembesaran anak.’
Satu
pemikiran yang sangat baik. Ibubapa menjadi sistem pendidikan teras anak-anak.
Kalau sebegini, tentunya persekolahan sekadar syarat untuk melengkapkan aspek
pembangunan sosial (yang hakikatnya turut berkait dengan aspek jasmani, emosi,
rohani dan inteleknya juga). Pendidikan sebenar anaknya berlaku ditangan ibu
ini.
‘bagaimana
pula puan bina character anak puan?’
‘saya
bukanlah seorang yang mahir dalam psikologi etc. saya Cuma mendekati Al-Quran
untuk diri dan saya ajak anak kecil saya turut serta. Terdapat beberapa
perinsip yang saya mahu wujudkan dalam diri anak. Antaranya tidak menyukai
kemegahan dan kemewahan.
Sambungnya lagi..
Ada
sekali tu, anak saya sukakan kereta. Normallah anak lelaki suka pada kereta
kan? Tapi anak saya memilih untuk suka model tertentu dengan spek-spek tertentu. Lalu saya fikir, bagaimana nak selesaikan
masalah- ketakjuban pada benda-benda mewah. Buntu, biarkanlah dulu. Saya cari
ayat yang sesuai, study dan simpan dulu dalam minda. Sehinggalah satu kali
dalam kereta, anak saya menunjukkan kereta idamannya yang kebetulan berselisih.
Selepas selisih, diangan-angankan untuk membawanya (imaginative play) pula. Susah
hati dibuatnya. Lalu saya bacakan ayat……………yang bermaksud…………… (lupa pulak)
Anakanda
saya masih diam. Mendengar mungkin, bersoal dengan diri mungkin.
Lalu
dikesempatan itu juga, kami singgah di masjid terdekat bila azan
berkumandang. Baru park kereta,
kelihatan seorang mamat yang kelihatan dhaif, berlari-lari masuk kedalam
masjid. Dan saya katakan pada anak kecil yang sedang saya bentuk persepsi dan akhlaknya-
lihatlah nak, tentunya Allah berikan ganjaran besar pada hambanya yang berkejar
melaksanakan ibadah walaupun dia tiada kereta mewah XYZ, atau berbanding kita
berkereta ABC ini.
Alhamdulillah,
selepas hari yang bermakna itu. Anak saya tidak lagi terpegun dengan kereta
mewah. Saya mahu lenyapkan kegilaan mengejar dunia pada anak. Dan inilah
masanya untuk melakukannya. Bukankah rebung bila menjadi buluh, sukar dibentuk
lagi. Apatah lagi persepsi yang terbentuk dari pengalaman hidupnya.
Aku
terdiam. Hebat sungguh ibu muda ini yang skeptikal tentang duniawi dan
menghayati Al-Quran dan memahatnya dalam jiwa anak kecil. Aku juga mula faham.
Dalam episode hidup semua (termasuklah saya) yang mengejar dunia tanpa henti,
lelah dan penat namun masih kejar semahunya- ada manusia yang memilih kesufian.
Mereka mencari redha Allah yang mutlak. Aku pernah terfikir, apakah yang mampu
menutup mata hatinya tentang duniawi? Mungkin ia bermula dari didikan ibu
bapanya secara langsung semasa mereka kecil. Lalu menjadikan mereka merdeka
dari belenggu kefanaan dunia.
Hebat,
fikirku. Penceritaan dan wajah ibu ini tidak pudar walaupun berbulan-bulan
ianya berlalu.
Comments
Post a Comment