Perkasa Iman seawal usia

Ilmu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Malah lebih dari itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam sehingga menggelar mereka sebagai Ulul Albab (Al-Quran: al-Ghasisyiah 17-20, al-Fussilat 53 dan al-Imran 190-191). Ulul Albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektif yang betul. Ransangan daripada ayat-ayat ini dan seumpamanya dalam Al-Quran melahirkan ramai ahli sains dalam kalangan umat Islam. Para pengkaji sejarah menemui pelbagai bukti yang mendakwa bahawa ketamadunan Islam menjadi perintis keilmuan yang gilang gemilang antara abad kelapan dan ketiga belas, golongan ini membawa obor budaya dan tamadun keseluruh dunia. Inilah sebenarnya yang menjadi pemangkin kepada arus kemodenan di Eropah. Islam yang menjadi satu cara hidup amat menekankan proses pendidikan. Elemen ini bukan sahaja dinyatakan dalam ayat-ayat Al-Quran, malahan banyak dinyatakan dalam Hadith dan Sunnah.

Pengkajian ilmu dalam Islam mempunyai matlamatnya. Imam Al-Ghazali  penyifatkan matlamat pendidikan unggul ialah untuk menguasai ilmu tentang Allah (makrifatullah) yang menjurus kepada mengabdikan diri kepada Allah serta mampu membentuk keperibadian mulia (uswatul hasanah). Idea ini turut disokong oleh Imam Ibn Kathir yang mengatakan bahawa pendidikan bertujuan untuk mengagungkan Allah serta meningkatkan pengabdian kepadaNya. Maka berikutan hal tersebut, para ilmuan Muslim sedaya-upaya untuk menggunakan ilmu dengan penuh beretika dan hikmah samada yang melibatkan dunia ataupun agama.

kredit: edit dari carian google

Namun konsep ilmu dalam Islam berbeza dengan yang diamalkan di barat. Ilmuan di barat memisahkan dengan sains dari ketuhanan yang dikenali sebagai sekularisme .  Konsep sekularisme inilah yang telah mendasari sistem pendidikan negara sejak dari zaman penjajahan. Paradigma pendidikan yang mempunyai nafas sekular ini menolak konsep ketuhanan ini menyebabkan kemerosotan intelektual Muslim sehingga mampu meruntuhkan akidah dalam kalangan Muslim di negara-negara Islam  terutama apabila berdepan dengan isu-isu sains dan teknologi.

Sejak 50 tahun kebelakangan, wujud gagasan Islamization of Knowledge yang diketengahkan oleh Ismail Rajhi Al-Faruqi yang disahut oleh profesional dan ulama Muslim. Bibit-bibit gagasan tersebut tersebar dan diintegrasikan dalam pelabagai wadah keilmuan. Mudah-mudahan usaha kami disini adalah jihad untuk melahirkan bukan sekadar Muslim, malahan Mu'minin yang hebat di dunia dan akhirat juga. 

Comments