Wake up call untuk ibubapa
Anak-anak kecil seringkali mengejutkan kita dengan soalan
yang bersifat akidah. Macam mana rupa Allah, ye mak? Tanya sekecil berusia 3
tahun. Atau, malaikat tu macam superman, boleh terbang, ada power (superpower)?
Yang berusia 5 tahun pun tanya juga.
Terkesima? Terkebil? Terkejut? Takjub?
Pening juga ye nak tackle soalan anak-anak yang hendak
dicorakkan jiwa dan hatinya.
Pertama, tanya diri sendiri. Siapa yang beri soalan itu?
Kalau kita imbas kembali, adakah kita ingat peristiwa ketika usia kita 3 tahun?
Tak? Jadi pernah tak ibubapa dirahmati Allah terasa semacam soalan itu, satu
ingatan kita daripada Allah. Ya, dari tuhan yang Maha Penyayang untuk memanggil
lembut jiwa kita pada Nya. Untuk kita dekati hati kita kepada Dia. Sebab soalan-soalan
ringkas ini akan berlalu pergi, namun bagi ibubapa yang mencari jawapan dengan
bersungguh tentunya akan mengingatkannya kepada perinsip dan dasar Islam itu
sendiri yakni akidah tauhid.
Ok, berbalik kepada soalan. Soalan metafizik (diluar hitungan
fizikal) bukan mudah untuk diterangkan kerana sifatnya abstrak dan anak pula
suka pada maujud. Kesilapan terbesar kita (malahan ada yang claim ianya syirik
kecil) jika samakan/setarakan dengan makhluk. Cth: Allah tu macam cahaya putih
(cahaya juga makhluk). Walaupun kisah nabi Musa menemukan cahaya sebelum
pengsan. Namun, Allah melarang keras menyamakan sifatnya dengan makhluk. Dan
makhluk bukan sekadar benda hidup, makhluk Allah ialah segalanya.
Begitu juga-elakkan meletakkan logic pada yang berkaitan
metafizik. Allah tu ada, macam angin kita tak nampak tapi boleh rasa. Maka kita
mengarahkan persoalan anak (atau setepatnya pemahaman kita kepada Allah itu
sendiri) kepada logic. Walhal, terlalu banyak beyond logic dalam memahami sifat
Allah. Kerana itulah, Imam Al-Ghazali perincikan 99 nama Allah yang menunjukkan
sifat Allah. Bahan tersebut sesuai untuk bacaan kita sidewasa yang ditegur
Allah dengan soalan si anak. Tapi, ia bukan semudah itu untuk dihadam kerana,
Imam Al-Ghazali memperincikan sifat nama Allah berdasarkan ayat, dimana setiap
ayat ada sebab penurunan dan konteks ayat juga kompleks walaupun seorang itu
mahir berbahasa Arab. Kebergantungan kepada logic adalah sangat merisaukan
kerana banyak sekali movie fiksyen yang cuba mencirikan Allah dan perkara
ghaib. Semudah petik jari, akidah boleh terusik dengan menonton The Matrix yang
mengisahkan kefanaan hidup dan ‘kebenaran’ tersingkap bertunjangkan atheism.
Atau Lord of The Ring yang benar-benar mimik pelbagai gambaran akhirat dari
sumber al-Quran, Bible dan Israeliyat.
*Jangan lupa ya, anak kita akan terdedah kepada fitnah akhir
zaman. Jom, kita amalkan surah Al-Kahfi
Jawapan kepada soalan itu- menggambarkan akidah kita. Dan
jika tiada jawapan, maka itu tandanya itu peluang kita untuk kemaskan akidah
kita, mudah-mudahan.
Jom, kita belajar bersama-sama dengan anak. Soalan ini, saya kemukakan kepada pelbagai orang- bukan untuk menguji, tapi untuk jawapan diri. Saya tanyakan pada guru, ustazah, kumpulan sokongan ibu bapa malahan buku. Akhirnya, saya ketemu jawapan yang saya rasakan paling cocok. Asbabun nuzul surah al-Ikhlas. Dan jawapan check-mate dalam 4 ayatnya.
Jom, kita belajar bersama-sama dengan anak. Soalan ini, saya kemukakan kepada pelbagai orang- bukan untuk menguji, tapi untuk jawapan diri. Saya tanyakan pada guru, ustazah, kumpulan sokongan ibu bapa malahan buku. Akhirnya, saya ketemu jawapan yang saya rasakan paling cocok. Asbabun nuzul surah al-Ikhlas. Dan jawapan check-mate dalam 4 ayatnya.
Asbabun Nuzul- Al-Ikhlas diturunkan apabila Rasulullah
diminta gambarkan Allah. Si Yahudi menunjukkan berhala Uzair, SiNasrani
menggambarkan Al-Masih sebagai anak tuhan manakala siMajusi dengan sembahan
maujud Bulan dan Matahari. Lalu Allah turunkan surah Al-Ikhlas yang membawa
maksud- Allah itu Maha Esa (ayat 1), Allahlah satu-satunya tempat bergantungnya semua makhluk (ayat 2), Allah
tidak beranak mahupun diperanakkan (ayat 3), dan tiada makhluk yang setara (sifat)
denganNya (ayat 4). Penjelasan 4 ayat inilah menjawab soalan kafir Quraisy, yang
merupakan soalan sama anak-anak yang baru ingin mengenal konsep akidah dan
soalan yang tertanam dalam diri kita sejak kecil, hingga kini. Penerangan
kepada 4 ayat ini saya percaya cukup untuk menjelaskan kepada anak (dan diri)
tentang gambaran Allah, yang tidak boleh digambarkan pun, tak terjangkau dek
akal kita. (Kredit: Pn Siti Aminah yang telah menjawab soalan ini walaupun secara tidak langsung, terima kasih)
Saya dapati, Allah berikan satu peluang besar untuk saya
raikan soalan-soalan anak yang ingin tahu, kepada diri saya mendekatinya. Saya
dapati tiap kali saya membina adab dan akhlak anak kecil, peringatan kepada
amalan saya juga. Saya dapati, tiap kali saya mendidik hafalan dan sunnah
kepada sikecil, akal saya juga terdidik. Bagaikan Allah berikan saya ‘kehidupan
kedua’, untuk saya perbaiki diri- sebagai ibu dan guru. Sebagai hamba Allah
yang dhaif.
Syukur atas apa yang Kau berikan, dan apa yang tidak
Kauberikan.
*Saya dengan rendah hati mengalu-alukan segala maklum balas untuk perbaiki diri. Blog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi, terdapat terlalu banyak ruangan untuk dipersoalkan.
Comments
Post a Comment