Tarbiyah di Iman Perkasa
Tarbiyah bukan untuk menyentap... (eh?)
Benarlah, kesibukan dunia tiada sudahnya. Dalam
kepanasan yang benar-benar menduga iman. Terdetik, Ya Allah- berilah aku
kekuatan untuk menempuh ujianMu, samada sekecil ini mahupun lebih lagi.
Baik, untuk kali ini.. sedikit perbincangan atau
mungkin lebih tepat perkongsian yang sedikit cuma.
Pendidikan anak-anak sentiasa menjadi satu
keterujaan. Samada
mengintai anjakan dalam pendidikan di negara barat yang begitu kreatif,
inovatif dan menyeronokkan mahupun kekuatan pendidikan dinegara Timur yang
mementingkan disiplin, adat dan adab. Seronok sekali memahami betapa besar
focus pada anak—anak kecil ini membentuk jatidiri dan asas dalam pembesaran
mereka.
Lalu, satu persatu diteliti dan diperhalusi.
Terdapat perbezaan besar, ada yang menuntut pada literasi awal (early) untuk membangunkan sicilik yang
berdikari, manakala ada yang menuntut leterasi terkemudian (delayed) untuk meransang kreativiti.
Dipihak lain menuntut kebebasan mutlak pembesaran tanpa campurtangan dewasa
agar anak-anak membesar secara ‘fitrah’ ada pula menekankan guiding adult sebagai pembentuk
peribadi. Ada yang mementingkan hafalan al-quran manakala ada yang menekankan
pemahaman. Semua acuan diberikan ‘nama’ sebagai teknik. Dan setiap satunya pula
mempunyai kisah bagaimana idea unik tersebut dibina.
contoh (sekadar beberapa idea pendidikan prasekolah yang terkenal)
Sistem Montessori-dibangunkan oleh seorang doktor perubatan Maria Montessori yang asalnya untuk mendidik anak-anak kurang upaya untuk memberikan keupayaan agar mereka mampu berdikari seperti menyiapkan diri, membuat tugasan rumah ringkas serta keyakinan untuk mengawal gerakan motor halus dan kasar dengan lebih baik. ia diadaptasikan kepada pendidikan prasekolah.
(anak-anak iman perkasa membaking)
Sistem Reggio Emillia- dibangunkan pula oleh seorang guru selepas perang dunia kedua di perkampungan Reggio Emilia di Itali; dengan konsep kurikulum kendiri iaitu anak-anak belajar mengikut kemampuan diri tanpa sekatan umur. Sistem ini menggalakkan pelajar mengekspresikan idea dengan lukisan, ukiran, membina arca serta pelbagai idea kreatif. tujuannya untuk mengarahkan psikologi anak-anak yang terjejas disebabkan perang dapat diubati. Ibu bapa menjadi ahli penting dalam pendidikan anak yang menuntut prasekolahnya menjalinkanhubungan berterusan dengan ibu bapa. Akhiirnya ia menjadi satu konsep yang diadaptasi pelbagai prasekolah seluruh dunia.
(penglibatan ibubapa digalakkan di Iman Perkasa)
Sistem Waldorf- menekankan permainan kreeatif yang berdasarkan aktiviti hands-on. Sistem ini memberikan autoriti kepada guru menilai pelajar secara kualitatif iaitu tanpa ujian bertulis. Pengamatan guru digunakan sebagai penilaian penting agar track-record pelajar melangkaui aspek kognitif sahaja. Disini aspek yang sukar diukur seperti emosi, akhlak dan kecenderungan diamati guru terlatih. Mungkin inilah konsep PT3 tu.
(pelbagai aktiviti meransang kreativiti anak)
Sistem Yochien- di Jepun, yang diadaptasikan dari Frobel Gift; mementingkan peranan guru wanita disekolah untuk anak-anak prasekolah. Menggunakan banyak educational toys yang menjana pemikiran. Anak-Anak diasuh dengan disiplin dan budaya.
Sistem pendidikan Islam Asia Tenggara- kebanyakan mempunyai persamaan ketara- Brunei, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Mungkin kerana sosioekonomi yang mempunyaipelbagai budaya dan bangsa; mereka mendokong konsep pembangunan holistik dengan menjadikan Islam sebagai gaya hidup. Dengan mengadaptasi pelbagai sistem yang sedia ada di Barat, kurikulum diolah agar memberikan penekanan kepada asas hidup mukmin tanpa meminggirkan fitrah anak dengan menjadikan guru sebagai contoh teladan. bacaan lanjut : http://www.aquila-style.com/focus-points/muslimlifestyle/islamic-schools-excel-in-southeast-asia/1154/
(anak-anak dididik untuk bersolat berjemaah)
Secara peribadi, yang penting anak-anak diberikan ruang untuk dibangunkan dengan positif. Perbezaan menambah keseronokan. Maka, tiada kecaman- semuanya ada sebab tersendiri mengapa dan bagaimana menyalurkan potensi anak. Walau apapun, semua ibubapa inginkan yang terbaik buat anak mereka dengan acuan tersendiri. Di Iman Perkasa, kami sentiasa berevolusi dan berkesperimen. Kami mahu melihat anak-anak kami membesar secara positif. Melihat kindergarten sebagai tempat yang sentiasa menumbuhkan minat untuk belajar, bekerjasama dengan rakan-rakan (membina hubungan sosial secara mutual-benefit), menyalurkan tenaga diri kepada gerakan fizikal seperti bermain dan membuat tugasan/projek dan yang paling penting- semuanya dilakukan dalam satu persekitaran yang menjadikan Islam sebagai gaya hidup yang syumul.
Kami mengajak ibubapa berganding dengan kami.
Dalam tugasan semasa cuti sekolah, kami gembira dengan gambar-gambar yang
menunjukkan keprihatinan ibubapa untuk pembinaan akhlak. Kebersamaan semasa
menyiapkan tugasan merupakan elemen penting dalam membangunkan potensi anak-
ringkas tetapi bermakna. Begitu juga dengan program petting yang sangat meriah dengan pelbagai ragam. Sebagai aktiviti
yang menuntut stimulus perlbagai aspek, reaksi anak-anak benar-benar mencuit
hati. Kami menggalakkan ibu-bapa turut serta menyokong Iman Perkasa
melestarikan agenda mendidik secara menyeluruh.
Jesteru, jika kami ditanya-
pendekatan teori apakah yang digunakan- maka agak sukar kami menjawab. Kami
membentuk acuan kami. Acuan tersebut merupakan saru pendekatan yang
mengambilkira fitrah anak kecil dan persediaan kepada persekolahan di negara
kita. Sementara merai anak kecil mengikut usia, anak-anak disiapkan agar tidak
terkejut dengan sistem persekolahan negara kita yang tersendiri dan unik. Maka
persediaan ini adalah secara
‘soft-exposure’; berdikit. Insya Allah.
Kami melentur untuk membentuk struktur kami
tersendiri. Adakalanya anak-anak bermain sakan dalam skop pembinaan aspek
tertentu, hafalan asas surah dan doa, adakalanya
mereka duduk dan siapkan lembaran kerja, kadangkala mereka menyanyi, membuat
hingar, berbincang dan berimaginasi untuk aspek lain, malahan tidak kurang
mereka diajak untuk mereka dan membina idea dengan projek-projek yang terancang.
Ia semua dilakukan dengan ingatan bahawa, anak-anak ini adalah kurnia Allah
untuk dibentuk jiwanya mengikut lunas Al-Quran dan As-Sunnah. Ini yang kami
namakan Tarbiyah.
Tarbiyah seperti tuntutan Imam Al-Ghazali.
Tarbiyah dari aspek akal. Tarbiyah dari sudut pandang nafs. Tarbiyah roh dan
jasad. Tarbiyah berbantukan guru dan ibu-bapa. Dan ia diterjemah dalam pelbagai
teknik yang disuaipadan agar anak-anak merasa seronok namun matang mengikut
usia mereka. Akhirnya kami mahu melihat anak-anak kami membesar menjadi hamba
Allah yang yakin, berkerjasama dalam pasukan, kreatif dan inovatif, cerdik dan
sihat. Inilah doa kami di Iman Perkasa. Mudah-mudahan. Sesungguhnya Allahlah
jua sebaik-baik tempat bergantung.
Comments
Post a Comment