Assalamualaikum

Akhirnya barulah berkesempatan untuk menulis. Kali ini, tentang buku teks kbat darjah 1. Sebagai satu institusi yang berfokuskan pendidikan pra-sekolah, alert dengan perubahan-perubahan yang sedang berlaku disekolah amat penting untuk kami agar anak-anak Iman Perkasa mampu sekurang-kurangnya bersedia dengan agenda pendidikan ‘sebenar’ persekolahan.

KBAT- kemahiran berfikir aras tinggi sedang giat diinsert dalam pelbagai media persekolahan. Gelombang ini bermula dengan brainstorming serta lawatan penanda aras dalam kalangan ahli politik dan pentadbir tertinggi kira-kira 5 tahun lepas. Diikuti perubahan format pentaksiran di sekolah, penerapan melalui pelbagai seminar berfokus guru dan akhirnya kurikulum yang diterjemah dengan cetakkan buku-buku teks yang baru.

Buku teks darjah satu, sudah ada tentang isi tersurat dan tersirat? (Generasi kita belajar bila naik sekolah menengah)


Tuddiaaa.....

Lalu kita dengar kritikan dari ibu bapa serta pejuang pendidikan prasekolah mengkritik oleh generasi yang diasuh dengan system KBKK- kemahiran berikir kreatif dan kritis. Ditunding tu di Jepun begini dan begini, nun di Jerman macam tu dan macam ni, lihat di Finland sangat gah lagi, Singapura pula cenggini. Kalau dilihat secara kasar, ktitikan terbahagi kepada dua- satunya menggesa supaya dikurangkan kandungan, kepadatan dan piawaian dan satu lagi tingkatkan dengan pelbagai pilihan subjek bergantung kepada orientasinya (biasanya yang berorientasikan timur lebih mahunakan peningkatan manakala barat pula mahukan keluwesan). Asasnya ada pelbagai teropong yang mengkagumi satu-satu pendekatan.


Kami melihat perubahan ini secara positif, terkejut namun kami menyahut cabaran ini dengan kaedah kami yang tersendiri. TARBIYAH pada akhlak dan akal. Keduanya selari dan seiring. Benar, ada anak-anak yang cekap dalam satu aspek dan perlukan asuhan dalam yang lain, kami bentuk secara individu dan berkumpulan.

Berbalik pada buku teks itu. Adakalnya laungan kritikan hanya menyebabkan flip-flop. Tekanan yang diberikan rakyat marhaen perlu disahut oleh pentadbir yang menagih undi. Yang akhirnya jelas pada perubahan demi perubahan tanpa satu pun inisiatif menunjukkan hasil nyata sebab belum sempat kukuh dalam jangkamasa yang singkat. Malahan, scenario flip-flop ini meruntun jiwa pemikir pendidikan serta pihak yang bersungguh-sungguh mentafsir idea kepada bentuk praktikal seperti buku teks itu tadi. Jesteru sebagai pihak yang berada dalam luar lingkungan sekolah, kita harus mainkan pernanan untuk melengkapi anak-anak mengikut acuan kita.


Kalau kita mahukan pembentukan akhlak keagamaan sokonglah dari rumah, kalau mahukan anak—anak yang mempunyai minda yang artistic carikan guru muzik serta seni, begitu juga jika mahu anak mahir ict, ambil inisiatif untuk mengajar dan jika mahukan anak-anak yang lantang berbicara, kan banyak kelas seumpama itu. 

anak kita, acuannya juga kita..

Disclaimer: sebagai pihak yang terlibat secara langsung dalam dunia prasekolah; saya kurang gemar dengan idea kiasu untuk mensibukkan anak-anak dengan urutan kelas demi kelas dan lebih sukakeberadaan dirumah bersama keluarga. Namun, semua kita ada preference sendiri;  saya hormati ruang itu. Timbalan antara ruang masa, tuntutan mencari rezeki, keseimbangan membahagi tanggungjawab, konflikdan cabaran dalam setiap keluarga tentunya unik dan berbeza; maka prioritynya juga berbeza.

Comments