Allah nilai kita
Nilai...
nilai...nilai...
Agak
bercelaru bila diperhatikan beberapa perkara yang melingkari dunia pendidikan
semasa peringkat sekolah. PENILAIAN.. sejak ledakan bom keputusan PISA beberapa
tahun lepas yang amat mendukacitakan, kerajaan seolah-olah kabut untuk
perbaikinya. Seperti sudah menjadi darah daging dalam system persekolahan,
gesaan dan tekanan diberikan kepada pihak sekolah untuk me’latih-tubi’kan
soalan-soalan seiras PISA sekadar untuk menaikkan ranking Negara dalam
penilaian antarabangsa itu. Soalan yang bersifat pen dan kertas (exam-oriented)
itu menggasak pemikiran aras tinggi (HOTS- high order thinking skills) lah
pulak. Latih tubi untuk tajamkan HOTS? Bolehke?
Keliru
juga, dalam satu ruangan penilik (bukan pemikir ya), mendesak system pendidikan
berasaskan peperiksaan di ubah. Lalu dilaungkan dengan pelbagai konotasi negative.
Jumud, tidak menyeluruh, tradisi, tak cukup alaf 21.. dan lagi, dan lagi, dan
lagi... sebagai maklum balas, wujudlah penilaian berasaskan sekolah yang
dikatakan menuntut mata, telinga, mata akal dan mata hati guru sendiri untuk me’nilai’
pelajarnya. Maka, dengan mencedok pelbagai teknik yang digunakan dipelbagai Negara
maju (jepun, finland dsbg) maka wujudlah teknik penilaian tersebut. Dengan anjakan
yang itu, seluruh warga sekolah pula digerakkan untuk membina satu khutub
khannah untuk menyimpan semua bahan bukti (rekod-rekod kesemua pelajar) dan
melengkapkan diri dengan menjadikan diri-sendiri supaya bersifat neutral untuk
menilai pelajar. Maka, penilaian ini bersifat subjektif, mengukur bukan sekadar
akal dan kemahiran, malahan ketahap perilaku (behaviour evaluation).
Tahniah-tahniah.
Walaupun bermacam isu melingkari dua hal tersebut, namun yang pasti langkah
proaktif tersebut telah sedikit sebanyak mendesak perubahan.
Tapikan...
Sebagai
individu Muslim....
Teknik
apa yang Allah nilai kita ya?
Summative
ke, formative ke? Cognitive, psikomotor dan behaviour ke? Standardized atau relative?
Asasnya,
Allah ciptakan manusia dalam keadaan fitrah asal yang suci tanpa dosa. Jadi starting
point semua manusia adalah standard/sama sahaja. Namun terdapat variasi pada
rupa fizikal, bangsa, keturunan, genetic (penyakit, jenis darah, kecacatan
dsbg). Disini wujud perbezaan dasar manusia yang banyak sekali akan membentuk personality
diri.
Kemudian,
pembentukan behaviour ditentukan norma dan agama (norma masyarakat, ibu bapa
dan penjaga, media dsbg; dan agama bersifat ritual dan spiritual). Didikan awal
ini diletakkan oleh Allah kepada dewasa yang mengelilingi anak itu. Masih dalam
keadaan suci, kerana penilaian Allah bermula apabila anak mencapai akil baligh. Maha Alim, Allah mulakan manusia memikul tanggungjawab diusi pre-teen, bukan seawal bayi atau selewat 18 tahun lepas SPM.
Penilaian
Allah bermula bila mencapai usia akil baligh... Yang diukur adalah amalan berserta
niat (yang berserta niat ini berlaku selepas akal kita membuat pertimbangan),mahupun
tidak (tanpa niat ini sebenarnya yang tertanam dalam menda separa sedar kita). Dan
ya, amalan setiap masa. Kaedah ukuran adalah dengan catatan dosa dan pahala. Pahala
dan dosa pula ada ratingnya. Macam dosa besar seperti syirik dan
pengkelasannya; atau disebut juga pahala yang ada pemberatannya contoh bila dilakukan pada waktu tertentu macam baca
al-quran di malam lailatul qadr. Atau jelas; puasa SEBULAN dibulan ramadhan,
nilaian SECUPAK beras untuk zakat fitrah. Ni bolehlah dianalogikan dengan
penilaian standard yang mengikut skema tertentu, pemberatan tertentu.
Ada
pula penilaian yang relative. Relative kepada sifatnya yang terdahulu. Seperti orang
yang mencari ilmu dan mengamalkannya. Perbaiki amalan ibadah dari tahun ke
tahun. Dalam aspek ini agak sukar untuk kita fahami. Ada yang agak senamg untuk
mengamalkan ibadah sebab dididik sejak kecil, ada yang mengambil satu usaha
yang keras untuk melakukan ibadah, kerana tidak biasa dengan amalan sedemikian.
Malahan,
lebih kritis amaun tidak semestinya selari dengan nilaian. Contoh bila
bersedekah dengan amaun yang banyak tapi tiada nilai disisi Allah jika disertakan
dengan takbur, riak dan sombong.
Ada
juga yang default/format. Yang ni special. Macam yang melakukan taubat nasuha
atau menganut Islam. Kan Allah hapuskan dosa lalu. Malahan, ambil wudhu pun
boleh hapuskan dosa kecil*kan.
Semua
yang diatas adalah behaviour evaluation. Cognitive, dan psikomotor- Allah tak
kira ke?
Kira
juga... sebab tulah, orang yang berilmu diangkat darjat dia, jika Allah
kehendaki. Ilmu bermanfaat kan boleh dijadikan saham yang berterusan nilainya. Pun
bertitik tolak dari hati. Psikomotor pun sama, skil-skil yang digunakan untuk
meraih redha Allah kan banyak pahalanya. Allah kan MAHA ADIL.
Malahan,
Allah juga meletakkan spesifikasi khusus. Contoh, macam mana seorang yang
berstatus tertentu boleh guna short-cut pula (bukan short cut kat siratul
mustakim, sekadar gunakan bahasa komersial sahaja). Status anak, isteri, suami,
alimin, pemerintah, orang yang kaya, da’i, guru, ibubapa, hufaz, anak yatim*
ada pengkaedahan khusus yang jika mahu. Contohnya,
Allah menuntut anak supaya taat kepada ibubapa melebihi berperang jihad
fisabilillah*.
Keputusan
penilaian Allah pula akhirnya mencapah kepada 2 (dikotomos)- syurga atau
neraka. Allah telah memilih kita untuk dilahirkan sebagai Muslim, dan mudah-mudahan
Allah memberikan husnul khatimah juga kepada kita.
kalau kita dok kalut dengan exam time sekolah dulu-dulu.... awat tak kalut dengan penilaian Allah yang dah start lama dah ni.. time out nanti lagu mana?
catatan- saya tidak memetik mana-mana hadith kerana ilmu secetek saya tidak layak memberikan perkaitan antara kedua disiplin ilmu hadith dan penilaian moden. mohon rujuk yang berkaitan.
Comments
Post a Comment