Anakku, hidup ini bukan fairy tales...
5 stereotype
yang perlu diberi pencerahan dan pemurnian. Generasi kita rata-ratanya membesar
dengan kisah Grimm Fairy Tales yang sarat dengan pelbagai jalan cerita yang
berliku onak duri. Walaupun dongeng, ia menjadi cerita yang terawal
diperdengarkan atau ditonton- dan pastinya memberikan kesan pada minda separa sedar
sejak kecil lagi. Jom kita tengok, apakah stereotype cerita-cerita semacam tu.
(gambar ehsan google)
Stereotype 1- chauvinism
Hampir semua
fairy tales berakhir dengan sang putera menaiki kuda lalu menyelamatkan puteri
yang sedang menderita. Ia sebuah episod yang menegakkan heroism lelaki dan
meletakkan kebergantungan kepada lelaki secara mutlak, menanti sinar harapan
dalam dakapan lelaki yang bukan mahram? Begitu?
Didiklah anak
dengan kisah srikandi Islam. Kecekalan Rabiatul Adawiyah mendambakan diri pada
ibadahnya, atau isteri Muhammad saw yang menjadi tunjang kekuatan baginda
dikala keliru dan takut.
Stereotype 2-
kisahnya berorientasikan perempuan yang jahat
Cinderella,
snow white, repunzel waima Hansel and Gretal- mensimbolasikan perempuan dewasa
adalah jahat. Seolah-olahnya wanita dewasa sentiasa mempunyai agenda yang
tersembunyi, zalim dan berpura-pura.
Ia disebabkan persepsi pada zaman kegelapan Eropah yang menepekan hak wanita dengan sangat teruk sekali, yang akhirnya menjadikan wanita sebagai watak yang zalim dan bodoh(jolokan blonde and beauty) .

Hakikatnya, peranan wanita dari kacamata Islam sangat besar. Jiwa,
emosi dan akhlak perlu dihiasi indah dengan tatacara dan budi. Apakata kisahkan kehebatan Siti Hajar atau Maryam?atau kisah siti aisyah tidak kurang hebatnya.
Stereotype
3- dibantu orang asing
Hal ini
menyebabkan anak-anak mencari sokongan luar bila ada masalah. Ia satu
pendekatan yang menakutkan. Lalu, kita lihat betapa dangkalnya tindakan
anak-anak remaja mencari jalan penyelesaian dengan mencari sokongan entahkan
sesiapa.
Kisahkan,
jangan terlalu mudah percaya dengan orang asing.
Kisahkan tentang ancaman dari Abu Lahab atau penipuan oleh pengikut (talam dua muka) Nabi Isa. Kan boleh diambil iktibarnya?
Kisahkan tentang ancaman dari Abu Lahab atau penipuan oleh pengikut (talam dua muka) Nabi Isa. Kan boleh diambil iktibarnya?
Stereotype
4- kisahnya penuh dengan magic
Ini ada
benarnya- tapi olahkan balik. Bezakan antara mukjizat, sihir dan hikmah (wisdom)
Berbanding kisah
bertukarnya Beast dalam kisah beauty and the beast- apakata cerita sikit pasal
bertukarnya tongkat nabi musa. Berbanding kisah tikar tebang Aladdin, kan ada
kisah takhta Puteri Balqis dibawa oleh jin atas suruhan nabi Sulaiman as, atau
berbanding kisah putera katak- cubalah kisahkan nabi Ibrahim yang diberikan
mukjizat bila dibakar dalam api yang panas. Atau Ashabul Kahfi yang ditidurkan dengan izin Allah berbanding kisah Sleeping Beauty tu?
Banyak kisah
yang seronok dalam Al-Quran kan?
Stereotype 5-
happily ever after
Adakah itu
hakikat hidup. Mencari percintaan abadi dan gembira dengan penamat demikian? Ia
seolah meletakkan, percintaan adalah agenda utama dalam hidup. Lalu kecewalah
anak-anak remaja yang tidak bercinta, diiejek oleh kawan-kawan yang bahagia
bersama kekasih terlarang.
Ajarilah anak-anak, hidup bukan begitu. Ia ada cabaran, dugaan mendatang. Ia tidak akan tamat sehingga nyawa berakhir. Dengan ujian dan dugaan datangnya keperluan membuat keputusan yang jelas. Memilih antara hak dan batil. Dan didikan kita adalah untuk membantu mereka memilih yang hak dikala dalam dugaan. dan percintaan yang dijalani secara batil, haram hukumnya. Ia penuh dengan tipudaya syaitan. Jangan terjerat.

Adakah pengakhiran
kita adalah happily ever after- Allahu Allam?
Hakikatnya anakku, hidup ini bukan fairy tales, ia sebenarnya satu persinggahan sebelum berjumpa yang Maha Esa. Jangan terlalu taksub dengan dongengan manusia, percayalah walau apa jua jalan cerita yang telah Allah tentukan untukmu anakku, ianya adalah yang terbaik, paling adil dariNya. Sentiasalah ingat, hanya kepadaNyalah tempatmu memohon pertolongan. Ingatlah anakku- Dalam surah Albaqarah ayat 257- Allah menjelaskan bahawa Dialah yang Maha Pelindung dari kelekaan dunia yang fanaa.
Comments
Post a Comment