Berimaginasi

Satu bahan bacaan yang komprehensif.. penulisan Naquib Al-Attas tentang true and comprehensive education in Islam...

Termenung menghayati itipati falsafah beliau yang merungkap pelbagai bahan dengan sangat hikmah..

Lalu... terfikir...
Apakah sebenarnya yang anak saya perlukan untuk masa depannya?
Sebelum berimpian, berangan dan berada  dalam  lompongan fantasi tahap infiniti, roll dulu apa yang generasi kita alami...

Hampir 15 tahun bergelumang dalam dunia pendidikan-  bermula dengan prasekolah (satu tingkap kecil pada dunia akedamik dan asas agama), dan seterusnya akedamik+peperiksaan+keputusan (berulang dan terus berulang), sekali sekala ada sukan dan kegiatan kokurikulum... jumpa bahasa alien dalam add math, jumpa perinsip dalam sains (tanpa sedar semua itu ‘kesempurnaan ciptaan Allah pada kadaranNya- bak kata Dr Daniel dalam Halaqah; kiamat ia pasti datang),  terkesima dalam pelbagai bahan bacaan di perpustakaan tanpa kira penulisnya, bersosial dan beraktiviti dalam kelompok umur setara;  sama batch),pertandingan demi pertandingan dan mengenggam sijil-sijil pencapaian... dan lagi? Ermm? Urrr???

Dan mungkin, di university- banyak kebenaran ter’faham’; dengan pemikir hebat memang tiada berguru galang gantinya

Dan dalam life university (hidup sebenar- dunia pekerjaan, perkahwinanan, anak-anak) baru sedar apa yang sedang berlaku....

‘kalaulah boleh klik balik- reset button...’ (nauzubillah, jangan aku terfikir begini semasa penghitunganMu kelak)

Berada dalam kasut seorang ibu, ada agenda yang besar... sedar atau tidak, ada satu peluang kedua untuk perbaiki diri bermula kembali dari kelahiran atau setepatnya pra-sekolah... mengajar asas kepada anak, dan ya... ingatan kembali kepada asas dan setepatnya format balik diri.. (ok, kalau tak faham, put it aside: yang ni adalah monolog)

Soalan... apakah yang anak saya perlukan?

Masihkan relevan bahasa, bila ayat singkatan menjadi perbualan maya?
Masih relevankah mathematic kompleks bila kalkulator, atau prompt software mengambil alih kemahiran manusia?
Bagaimana dengan living skills; menjahit, memasak, bertukang... perlu lagikah bila ronbot dan computer mengambil alih tugas manusia?
Sukan dan persatuan? Manusia kini bersosial melalui gadjet dan ‘padang permainan’kini terletak pada skrin yang terhubung di seluruh dunia..
Atau sejarah yang mencatatkan anekdot zaman dulu, yang berlalu dengan santapan masa?
Masih relevankan pemilihan ‘course impian’ dan ‘kerjaya impian’ didasarkan kepada slip spm?

................ hmmm................

Yang pasti- menjadi hafiz adalah kekuatan yang sangat besar sebelum melangkah kepada taddabbur dan menjadikan Islam sebagai addin... agar menjadi jatidiri Muslim yang jitu.
Yang pasti- taalim yang dikukuhkan dengan tarbiyah adalah asset pembentukan ta’dib perlu menjadi  pojok sokongan yang utuh pembentukan adab islaminya; adab merujuk kepada al-insan al-kuliyy (Muhammad saw)- kerana diakhirat sana seseorang dinilai secara individu. Maksudnya mengamalkan sunnah, deni dan hanya demi mengikut jalan kekasihMu Allah
Yang pasti- sukan dan aktiviti persatuan elemen utama pembentukan diri sebagai pembentukan fizikal yang sihat dan pembentukan akhlak dalam masayarakat
Bahasa melambangkan ketertiban budi, worldview malahan sangat dituntut baginda rasul. Masih relevan, Allahu Alam... namun Al-Quran itu sendiri satu naskah yang perlukan pemahaman bahasa yang sangat dalam.

Makanya- barulah terpraktik ilmu+amal =adab

.......... yang lain?......

Bagaimana jika santapan ilmu dilakukan secara ‘customize’?

Ya... belajar apa sahaja... subjek seperti sekolah tapi dalam ruang lingkup custom- bermula dari exploration(asas) sehingga enrichment(kompleks) mengikut acuan yang dikehendaki... acuan fleksible mengikut upaya anak... subjektif ni..
Macam pendidikan di Finland atau italy?ermm...bukan juga... kerana ‘play’ pada usia pre-teen mungkin diraikan di Barat, tapi bukankah usia emas itu sewajarnya diberikan input yang boleh membentuk rohani sehingga mampu membuat keputusan dengan memerhatikan tanda Allah pada sains, matematik, waima sejarah.
Atau kaedah mentorship. Ramai ulama yang lahir dengan mendedikasikan diri dengan ilmu- menjadi tukang ‘pegang beg’ tok guru, menjadi supir ilmuan, jadi bodyguard ahli perniagaan yang tawaddu’...
Kalau buat macam ni, baru ada reset button- boleh join dengan anak mulakan balik semuanya tapi dari kacamata ‘re-cognition’- pemahaman semula. Mudah-mudahan, Insya Allah~

Macam terlalu berimaginasi?
Hahaha... berimagnasi tak perlu bayar....


Comments