Peranan pendidik

Peranan pendidik dalam dunia  pendidikan awal kanak-kanak sangat penting untuk memastikan proses perkembangan anak-anak berlaku dengan baik daan positif. Menjadi  seorang pendidik bukan hanya terangkum dari sudut profesionalisme, ia merupakan satu tanggungjawab yang digalas di bahu ibubapa, keluarga dan seterusnya guru malahan kelompok komuniti. Ia juga merupakan proses penting khususnya diawal usia bagi menginsankan manusia dan membimbingnya ke jalan yang  diredhai Allah s.w.t.
Dalam budaya kita, tahap seseorang guru terletak pada inikator khusus seperti gred gaji yang menunjukkan pengalaman tahun mengajar, laluan kerjaya seperti guru cemerlang/guru pakar, atau kelulusan. Kaedah ini mengaitkan tahap guru dengan satu kaedah yang dinilai oleh pihak autoriti. Tapi itulah dunia pendidikan kita yang meletakkan satu cop kualiti (macam sirim cenggitu).
Tapi apakah dalam Islam pula bagaimana? Ini adalah perkongsian dari seminar yang telah diinovasikan.
Kita bagaimana? Bagaimanakah kita menjadi pendidik, dan sejauh manakah tahap kita pula. Ia merupakan satu muhasabah yang merefleksikan peranan kita untuk mengambil tanggungjawab dengan lebih hikmah; dan pastinya imbuhannya adalah seperti yang dijanjikan Allah. Mudah-mudahan semua kita mendapat manfaat 'ilmu yang berguna' viral sampai bersama peneman di alam kubur kita kelak. 
Jom kita lihat, siapa kita,dimana tahap kita....

Adakah seorang mudarris- yang mengajar kandungan pengajaran yang berlegar pada akal atau kemahiran.  Mengajar sesuatu perkara agar pennguasaan kemahiran dan pengetahuan berlaku dengan baik. Contohnya menyidai kain atau pemakanan yang berzat.
Adakah anda seorang muallim- yang sangat bijak merangkumkan beberapa disiplin sehingga mampu membentuk konseptual yang hebat pada anak didik. Ia merujuk kepada kemampuan pendidik melihat sesuatu perkara secara network. Contohnya pemakanan berzat secara saintifik, geografi malahan kesihatan. Menyidai kain bagi mendapatkan kesan pengeringan terpantas.
Atau muaddib- yang mendidik adab kesantunan beiring dengan ilmu akal. Ia berlaku dengan niat yang jelas untuk mengajar tentang pekerti yang baik dalam norma. Contohnya adab makan makanan yang berzat dan halal. Dalam kes menyidai kain pula, menghormati sempadanan kejiranan.
Mungkin murobbi- yang membentuk aspek rabb yakni mengenal Allah (makrifat serta zat) dalam diri anak didik sehingga keunggulan akhlak terbina seiring dengan ilmu akal. Ia merupakan tahap pemikiran yang mendidik agar mengenal makrifat Allah dalam setiap tindakan. Contohnya menitikberatkan barakah- bukan sekadar halal, toyyib, sunnah. Bersyukur dan bersifat empati. Ia adalah aspek yang perlu dibentuk dan pembentukan ini berlaku berterusan (didikan diri). Sejauh isu menyidai kain pula, berzikir dan memerhatikan perincian penciptaan Allah sehingga menimbulkan rasa takwa. Ia sesuatu yang sukar dan hanya boleh dilakukan dengan praktis berulang (istiqamah).
Masya Allah, Mursyid yang menjadi rujukan, tumpuan sehingga pembentukan individu berlaku seiring dari semua aspek. Ia merupakan tahap tok guru.

Jesteru, tadika Iman Perkasa amat mementingkan pembangunan modal insan dengan pelbagai pengisian yang memperkayakan pengalaman guru. Guru diberikan ruang yang besar untuk kreatif dan inovatif dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran agar misi dan visi Iman Perkasa tercapai. Saban tahun pelbagai latihan, perbincangan dan aktiviti bagi memperkasa kemahiran dan ilmu guru dijalankan bagi membantu guru-guru kami up to date dan InsyaAllah memahami jiwa kecil anak-anak dengan baik, 
Dikesempatan yang sama- Terima Kasih semua warga pendidik Iman Perkasa. Komitmen dan sokongan kalian sangat dihargai,

Sekali lagi...tepuk dada tanyalah iman.  Dimanakah kita?




Comments